Senin, 16 Juli 2012

"MARHABAN YA RAMADHAN"

"Marhaban Ya Ramadhan" 23 August 2009 - Posted by faisalwebspot on 8:01 PM Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan". Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramdhan yang mulia ini. Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad) "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim) Marhaban Ya Ramadhan. Alhamdu lillah. Sumber: http://faisalwebspots.blogspot.com/2009/08/marhaban-ya-ramadhan.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar